Khamis, 2 Januari 2014

di sebalik pahit ada manisnya...

selepas hujan , kalau pun pelangi tak muncul, matahari selalu ada. tuham ambil mak daripada aku, tapi tuhan bagi aku mama, papa, kak sherry dan abg burn sebagai darah daging aku.matahari aku tak panas setakat itu. aku turut ada tasha dan aril, aunty kuno juga aunty eton. pelangi cuma ada 7 warna , tapi aku dapat lebih dari 1 matahari yang terus menghangatkan rasa sayang untuk aku.terima kasih semua kerana sayangkan farhana.

menang yang tak disengajakan

macam perlawanan antara kura-kura dengan arnab.kura-kura yang lembab itu boleh menang sebab arnab tak sengaja tidur kat bawah pokok . rasanya kes aku pun lebih kurang sama walaupun aku tak ada lah lembab macam kura-kura , tapi disebabkan kesalahan yang tak disengajakan kemenangan berpihak kepada aku. jadi aku kira memang secara bermaruah jugak lah kan . sebab aku tak perlu nak merayu dan buat perkara yang sama waktu dengannya. aku tak kisah pun kena marah, yang penting aku ada ruang untuk diri aku sendiri. tak sabar nak hias bilik ni dan tak sabar nak ke menara gading.


FIRE ANGEL

Yang Tak Dijangka

Akhirnya lembut juga hati abangku Burn... hari ini Abang Burn ajak aku balik kampung untuk melawat kubur arwah mak. Seronoknya bila tegok reaksi abang Burn, Keceriaan di wajahnya membawa seribu erti.  Aku bersyukur kepada MU Ya Alllah kerana telah melembutkan hati abang Burn.